Jom meriahkan Program Jom Masuk U 2023 Sabtu depan

Iklan

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) bermula 20 Mei hingga 5 Jun depan.

Iklan
Iklan

Program selama 17 hari itu akan melibatkan enam zon di seluruh negara iaitu di zon tengah, zon timur, zon utara, zon selatan, zon Sabah dan zon Sarawak.

Berikut adalah maklumat lanjut JMU 2023:

Iklan

Penganjuran JMU 2023 bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan dibawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

JMU 2023 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.

Iklan

Majlis Perasmian JMU 2023 akan dilaksanakan di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor manakala Majlis Penutupan akan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPUOnline® yang akan dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 15 Mei 2023 (12 tengah hari) hingga 09 Jun 2023 (5 petang).

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JMU 2023 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, talk show IPTA dan IPTS, cabutan bertuah, campus tour, aktiviti bersama alumni dan banyak lagi.

KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU 2023 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline® Sesi Akademik 2023/2024.

Orang ramai boleh menghubungi KPT di talian 03-8684 2363 atau https://upuchat.org/ untuk sebarang maklumat lanjut.