BERBUKA puasa dengan air tangan bonda atau nenda menjadi memori terindah dalam hidup. Perasaan rindu pasti datang apatah lagi jika yang tersayang jauh di mata.
Hidangan antara salah satu kenangan istimewa mengimbau keseronokan menyambut Ramadan ketika zaman kanak-kanak. Bau-bauan harum dari dapur yang semerbak sering mengimbau memori ketika zaman kanak-kanak. Memori Ramadan tak akan pernah terpadam sampai bila-bila.
Mengenang semula keistimewaan resipi dan air tangan bonda serta mereka yang menjadi kesayangan kita, Astro Go Shop membawakan program istimewa"Memori Ramadan Chef Wan”.
Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akan ditemani pengacara-pengacara Go Shop iaitu Muhammad Hazim Ahmad Shauki, Mohd Hakim Hassab Ashari, Ainaa Kamalia Jamaludin dan Syakirin Husnal.
Sambil memasak dan berceloteh tentang sajian yang disediakan, gandingan chef selebriti dan pengacara-pengacara itu juga akan memperkenalkan produk-produk daripada Go Shop khusus untuk peralatan memasak di dapur.
Kesemua produk itu boleh didapati menerusi telefon pintar, tablet, komputer peribadi atau pun laptop. Pendek kata, Go Shop menyediakan semua keperluan memasak kepada pengguna 24 jam sehari!
Rancangan menarik enam episod ini, membawakan nostalgia sajian warisan negara. Chef Wan memilih hidangan istimewa mengikut negeri-negeri kelahiran pengacara-pengacara berkenaan.
"Saya ini ibarat datuk dengan cucu-cucu. Mereka ada sajian yang disukai dan saya bawa memori itu dengan menyediakan resipi kegemaran mereka. Penonton dari negeri-negeri lain pula boleh belajar resipi-resipi yang kami sediakan ini,” kata Chef Wan.
Chef Wan ditemani Hazim menyediakan sajian Terengganu. Chef Wan memilih empat menu iaitu Nasi Telur, Kerutup Daging, Satar dan Sri Kaya Nangka. Sementara Lassi Mangga adalah pilihan menu Hazim yang merupakan anak jati negeri itu.
Untuk menyediakan menu-menu tersebut, Chef Wan dan Hazim ke Pasar Borong Selangor, di Seri Kembangan.
Guna produk Go Shop Primada Pressure Cooker & Nakada Jumbo Steamer
Keempat-empat sajian tersebut disediakan Chef Wan dan dibantu oleh Hazim menggunakan produk yang terdapat di Go Shop, iaitu Primada Pressure Cooker dan Nakada Jumbo Steamer.
Riuh rendah kedua-duanya berceloteh sambil bercerita tentang kelebihan Primada Pressure Cooker yang digunakan untuk memasak Kerutup Daging dan Nasi Telur.
"Semua orang tahu, daging ambil masa nak empuk, tapi dengan Primada Pressure Cooker tak perlu masa lama. Nasi pun sama, teksturnya nampak cantik tak melekat.
"Resipi Sri Kaya Nangka, saya kukus guna Nakada Jumbo Steamer. Ketika kukus, wap air tak turun pada permukaan kuih. Jadi, kuih akan nampak segar, sedap dan mudah disediakan,” kata Chef Wan.
Untuk hidangan satar, Chef Wan menggunakan Primada 3D Air Fryer yang memudahkan kerja-kerja memanggang tak seperti dulu menggunakan dapur kayu dan arang. Dengan Primada 3D Air Fryer, rasa satar lebih sedap, segar, tiada bau asap dan tidak berminyak.
Hazim pula teruja dapat belajar memasak dengan Chef Wan, apatah lagi ibu bapanya, Abdul Ghani dan A’dzimah Ahmad Ghazali turut dijemput ke studio untuk merasa masakan Chef Wan.
"Superb! Seronok dapat rasa ‘air tangan’ Chef Wan dan paling penting emak puji masakan saya. Maklumlah, bukan selalu saya masuk ke dapur dan biasa makan masakan emak saja,” kata Hazim.
Saksikan rancangan Memori Chef Wan setiap Isnin dan Selasa yang memaparkan pelbagai resipi tradisional dimasak menggunakan peralatan Go Shop yang mudah dan ringkas di saluran Astro Ria (104 & 123) pada jam 2 petang & Go Shop (118 & 120) pada jam 10 malam mulai 6 Mei depan.
Anda hanya perlu gunakan kod CHEF10 untuk dapatkan harga terendah di pasaran dengan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.
Kod ini sah dari 28 April hingga 15 Mei 2019 dan hanya 100 pembeli pertama berpeluang mendapat diskaun ini.
Jadi apa tunggu.. jom membeli-belah di bit.ly/2UNG8R8GOSHOP
Untuk dapatkan produk Primada Pressure Cooker, anda boleh klik di sini.
Bagi produk Nakada Jumbo Steamer, anda boleh klik di sini.
Resipi Kerutup Daging
Bahan-bahan:
25ml minyak masak
3 helai daun pandan, koyak dan simpulkan
1kg daging tanpa lemak (bahagian atas, hiris nipis)
750ml santan (daripada 1 biji kelapa parut dengan 750l air)
2 keping asam keping
1 sudu makan gula
55g kerisik
Garam secukup rasa
Bahan rempah-ratus:
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
Bahan pes rempah:
2-30 cili kering (direndam buang biji dan toskan)
200g bawang besar, kupas kulit
4 ulas bawang putih, kupas kulit
1 inci halia
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15-20 biji lada hitam
Penyediaan:
- Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus.
- Panaskan minyak dan tumiskan rempah-ratus serta daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan pes rempah kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan masakkan hingga daging mengecut. Masukkan santan dan asam keping. Reneh hingga kuah pekat.
- Masukkan garam, gula, kerisik dan daun kunyit. Buang daun pandan dan asam keping tadi. Hidangkan panas bersama nasi.