Solari gembira JDT realisasi kemenangan ke-10

Iklan
Solari - Foto FB Johor Southern Tigers

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari nyata gembira dengan kejayaan skuad Harimau Selatan itu mencatatkan kemenangan ke-10 musim ini apabila menewaskan Kelantan United FC (KUFC), 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.

Menurut Solari, kemenangan itu dilihat bakal menyuntik semangat kesebelasan pemain bagi mengharungi perlawanan-perlawanan yang jauh lebih mencabar pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Di permulaan musim, saya tidak dapat gambarkan bagaimana perjalanan skuad ini, tetapi kami berjaya melakukan perlawanan demi perlawanan dan lihat sahaja pencapaian kami hari ini.

"Sebelum perlawanan, saya juga telah beritahu pemain bahawa mereka memiliki peluang kali ini untuk menang dan ternyata ia berjaya menghasilkan kemenangan ini.

Iklan

"Bagaimanapun, segala yang dilakukan hari ini sebenarnya merupakan persiapan kami bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang yang pastinya jauh lebih mencabar,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.

Untuk rekod, aksi Liga Super pada Sabtu menyaksikan skuad JDT melakar kemenangan 6-0 ke atas KUFC dengan menyaksikan tonggak import, Berson Da Silva mencatat jaringan hatrik pada minit ke-8, 61 dan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 selain Fernando Forestieri meledak dua gol pada minit ke-22 dan masa kecederaan selain satu gol lagi dijaringkan Leandro Velazquez menerusi sepakan penalti pada minit ke-76.

Penyerang JDT, Fernando Forestieri (tengah), melepasi kawalan dua pemain KUFC pada perlawanan berkenaan. - Foto FB Johor Southern Tigers.

Iklan

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Harimau Selatan itu kian mengukuhkan cengakaman di puncak Liga Super dengan 30 mata hasil 10 kemenangan berturu-turut musim ini.

Mengulas mengenai aksi Bergson dan Forestieri yang dikatakan seperti agak ‘tamak’ ketika berada di depan pintu gol lawan, Solari berkata, ia adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana pemain di posisi penyerang.

"Apa pun mereka berdua (Bergson dan Forestieri), menunjukkan gandingan yang baik malam tadi (Sabtu), dan diharapkan prestasi itu berterusan,” katanya.

Sementara itu penolong jurulatih KUFC, Nazrulerwan Makmor berkata, pihaknya perlu realistik dengan keputusan berkenaan berdasarkan reputasi gah yang dimiliki JDT, ketika ini.

Malah katanya, kesebelasan skuad Sang Kijang Hijau itu diharap dapat belajar khususnya dari segi taktikal, menyerang dan beberapa elemen baik yang dipraktikkan skuad Harimau Selatan itu.

Kesebelasan utama JDT pada aksi berdepan Kelantan United FC. - foto fb Johor Southern Tigers

"Kalau ikutkan dia (JDT) boleh jaringkan sembilan gol, kita kena realisitik, kena belajar...yang baik kita ambil.

"Lagi pun, kita bermain dengan pasukan yang berkualiti dan memang nampak jurang antara pasukan kami dengan JDT...nasib kena 6-0 kalau 8-0 tak tahu nak letak muka kat mana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT realisasi kemenangan Liga Super kali ke-10