SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya tertawa tatkala disoal sama ada beliau pernah terlintas mahu keluar daripada parti keramat itu.
Soalan yang diajukan oleh moderator program Bicara Minda Tan Sri Johan Jaaffar berhubung isu itu, dijawab dengan penuh berhemah oleh Ahli Parlimen Rembau.
Iklan
Iklan
Walaupun terdiam seketika seperti memikirkan jawapan terbaik untuk program siaran langsung, Khairy ternyata masih berpegang kuat dengan UMNO.
"Buat masa ini... tidak," ujarnya ringkas.
Namun menurut Khairy, jika wadah perjuangan UMNO sudah tidak seperti perjuangan asal, mungkin ketika itu beliau perlu memikirkan perkara itu semula.
"Jika wadah perjuangan sudah tidak boleh diterima, maka dalam keadaan itu mungkin..." katanya pada program berkenaan di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.
Jelas Khairy, jika perjuangan UMNO telah berubah secara ketara, mungkin ketika itu masa untuk beliau bertindak.