DUA gol pada separuh masa kedua memastikan Spezia menang mengejut 2-0 dalam aksi Serie A di Stadium Alberto Picco ke atas AC Milan, yang menjelmakan kekalahan pertama liga angkatan Stefano Pioli dalam dua bulan, sekali gus memusnahkan harapan mengisi kelompok empat teratas.
Pemain pertahanan, Przemyslaw Wisniewski (minit ke-75) dan pemain tengah Salvatore Esposito (minit ke-85) membantu Spezia memperoleh kemenangan pertama dalam sembilan perlawanan bagi mengangkat darjat kelab tersebut dari zon penyingkiran ke Serie B musim depan.
Iklan
Iklan
Milan, yang menentang Inter Milan dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu selepas tewas 0-2 di tempat sendiri, hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka.
Anak buah Pioli kekal di tempat kelima dalam kedudukan dengan 61 mata, lima mata di belakang Inter di tempat ketiga yang menang besar 4-2 ke atas Sassuolo di Stadium San Siro.
"Adalah perkara biasa apabila Liga Juara-Juara berada dalam fikiran kami dan perkara biasa kami kecewa dengan keputusan perlawanan pertama di San Siro sebelum ini.
"Tetapi kami tahu musim ini datang dengan status kejuaraan Serie A selain kompetitifnya Liga Juara-Juara dan kekalahan ini merumitkan masa depan kami.
"Sekarang kami tidak mempunyai banyak peluang lagi untuk menjadi positif musim ini. Sesungguhnya Rabu adalah peluang terbaik untuk Milan kembali hebat, kami harus percaya kami boleh menewaskan Inter Milan," kata Pioli.