'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

Iklan
Edwin (kanan) semasa berucap di Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 WTCKL pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari suatu modal asas politik baharu untuk disajikan kepada belia memandangkan pengundi muda merupakan golongan majoriti iaitu sebanyak 52 peratus.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Dr Edwin Laimin berkata, negara ini perlu mencontohi Australia yang telah memberikan pendidikan dan menitikberatkan keperluan pemilihan seawal tujuh tahun.

Iklan
Iklan

"Dengan adanya permulaan tujuh tahun ini, ia menyebabkan Australia telah melantik seorang menteri berumur 37 tahun.

"Di Malaysia juga ada menteri umur sebegitu, namun yang perlu ditekankan di sini adalah, apakah acuan politik baharu yang perlu kita bina di Malaysia untuk kita sajikan kepada anak muda bagi bersama bina negara tercinta,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Beliau turut berharap agar kerajaan memperkasakan Parlimen Belia supaya ia dapat melihat lebih banyak lagi bakat dipamerkan untuk menjadi pelapis pemimpin akan datang.

Iklan

"Kalau pasukan bola sepak Malaysia mempunyai tema A dan B, kenapa pentadbiran negara tidak boleh ada Parlimen A dan B. Ini adalah salah satu asas pentadbiran ke arah negara bersaing di masa akan datang,” ujarnya.

Jelasnya, antara perkara yang perlu dipandang berat adalah kerajaan perlu menggubal sistem pendidikan negara yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian pendidikan Tinggi.

Edwin berkata, institusi pengajian perlu bersedia untuk mengubah silibus pembelajaran baharu yang memberikan pendidikan awal kepada anak muda negara ini.

"Yang terpenting adalah, adakah kerajaan berani untuk gubal dasar baharu yang benar-benar bawa anak muda bersama membina negara ini?” soalnya.