Paras sungai turun mendadak, Pulau Pinang risiko hadapi gangguan air

Iklan
PBAPP tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda turun mendadak. - Foto Awani

GEORGE TOWN - Paras Sungai Muda yang direkodkan di muka sauk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Lahar Tiang Seberang Perai pada jam 5 pagi tadi didapati turun mendadak di bawah satu meter (m).

PBAPP dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keadaan itu boleh menyebabkan gangguan bekalan air di Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, PBAPP tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda turun mendadak.

"Sehingga kini, PBAPP tidak mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda menurun yang boleh menyebabkan gangguan bekalan air di negeri ini," katanya.

Iklan

Untuk mengatasi keadaan itu, PBAPP akan menyalurkan air dari Empangan Mengkuang untuk digunakan di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

PBAPP berkata, akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) selain mengemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air Pulau Pinang. - Awani

Iklan