Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal

Iklan
Johari ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Barisan pemimpin yang gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama perkara keperluan asas tidak akan bertahan lama dalam tampuk kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, justeru penting untuk kerajaan memastikan keperluan rakyat dipenuhi bagi menangkis keresahan masyarakat dalam menghadapi cabaran akan datang.

Iklan
Iklan

"Kita perlu melihat ekonomi dari dua perspektff iaitu rakyat dan negara. Empat perkara asas yang diperlukan rakyat kepada mana-mana kerajaan dan kalau tidak boleh diselesaikan maka mereka (kerajaan) tidak akan kekal berkuasa.

"Semua rakyat tidak kira dalam golongan T20, M40 atau B40, mereka perlukan makanan dan kerajaan perlu pastikan negara mempunyai bekalan dan sekuriti makanan yang kukuh (agar) tidak lagi berdepan dengan isu kekurangan makanan asas seperti tak ada ayam atau telur.

Iklan

"Lepas ada makanan, rakyat mahu lihat bagaimana kerajaan memberi kualiti pendidikan dari segi sekolah rendah, menengah universiti atau TVET (Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional),” katanya pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan menegaskan, ekonomi rakyat dan negara saling berkait dan kerajaan perlu memastikan kedua-duanya dilaksanakan dengan baik.

Iklan

Oleh yang demikian ujar beliau, pemimpin kerajaan harus menonjolkan sikap integriti dan kreadibiliti agar kelihatan kompeten untuk mentadbir negara, sekali gus memenuhi sentimen rakyat.

"Bila dah dapat pekerjaan, rakyat nak rumah dan setelah dapat rumah, perkara asas iaitu jalan raya yang efisyen, kemudahan utiliti (diperlukan) untuk pastikan rumah ada elektrik, air dan internet. Ini tiga utiliti yang perlu ada dalam kaca mata rakyat.

"Ekonomi negara pula, sebuah kerajaan mesti berkebolehan membawa pelaburan, sama ada dalam negara atau luar negara. Ini perlu kerana hasil kemakmuran perniagan akan wujudkan peluang pekerjaan seterusnya memenuhi keperluan rakyat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN:19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

ARTIKEL BERKAITAN:Dua pendekatan noktahkan kemiskinan tegar - Nancy

ARTIKEL BERKAITAN:Insurans Rahmah dilancar hujung bulan ini - Salahuddin