Siklon Mocha melintasi pantai Bangladesh, Myanmar

Iklan
Taufan dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (mph) boleh mencetuskan gelombang ribut.

DHAKA - Siklon Mocha yang sangat berbahaya mula melintasi pantai Bangladesh dan Myanmar pada Ahad, kata seorang pegawai kanan Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memberitahu Xinhua.

Mocha mempunyai diameter lebih 500 kilometer (km) dan impaknya dirasai di banyak kawasan di Bangladesh, kata Pengarah BMD Md Azizur Rahman.

Iklan
Iklan

Menurut buletin khas BMD, taufan itu dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (mph) boleh mencetuskan gelombang ribut.

Siklon itu akan mengambil masa beberapa jam untuk lemah.

Iklan

Beberapa bahagian Bangladesh turut mengalami hujan renyai-renyai dan angin kencang.

Rakaman televisyen menunjukkan banjir berleluasa di Cox's Bazar pagi ini, dengan ribuan penduduk dipindahkan.

Iklan

Menteri bagi Pengurusan Bencana dan Bantuan Bangladesh, Enamur Rahman, berkata mereka telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas.

Pegawai berkata setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa. - Bernama