KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengakui agak gugup semasa berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 kerana menganggap ia adalah pengalaman kali pertama buatnya.
Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, tidak terlintas di fikirannya bahawa dia akan berbuat demikian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang merupakan kubu seteru politik lamanya, UMNO.
"Saya rasa tak pernah ada seorang pun dalam DAP termasuk rakan saya, Gobind Singh Deo yang terfikir tentang perkara ini.
"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mungkin sudah biasa kerana ia ibarat kembali gelanggang lama. Jadi, saya kira ia merupakan hari yang cukup bersejarah,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di WTC Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Anthony semasa ucapan tersebut turut mengulas mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah kerana menyambut kehendak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Justeru katanya, perkara tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa tuduhan DAP tidak menghormati institusi beraja di negara ini adalah tidak berasas.
"Jelas, semua pihak mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan negara. Akan tetapi, yang ‘sebelah sana’ itu saya tak tahulah,” ujarnya.
Beliau turut menganggap konvensyen yang berlangsung hari ini sebagai titik permulaan ke arah Malaysia yang lebih berwawasan meskipun gagasan Kerajaan Perpaduan berkenaan terdiri daripada parti yang pernah berentap dalam pilihan raya sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka
ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’
ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal
ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan
ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry
ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup
ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal