KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan parti itu akan berusaha untuk menukar slogan ‘lawan tetap lawan’ kepada ‘dulu lawan, sekarang kawan’.
Beliau berkata, perubahan itu sanggup dilakukan demi memastikan Kerajaan Perpaduan bertambah kukuh dan stabil, selain berupaya berfungsi dengan baik demi kepentingan rakyat.
"Kami dalam reformasi ada slogan begitu (iaitu) lawan tetap lawan, saya bimbang juga. Jadi sekarang kena ‘adjust’ (tukar) sikit, (kalau) dahulu ketika saya ceramah sahaja, Mahfuz (Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar) akan kata ‘lawan tetap lawan’.
"Sekarang (tukar) 'dulu kawan sekarang lawan', kena tambah itu dalam ayat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi menyokong kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menggesa kerajaan perlu mengutamakan rakyat dengan sifat resposif, progresif, inklusif dan mendengar suara mereka.
Slogan ‘lawan tetap lawan’ mula digunakan PKR terutama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk konsep melawan musuh dan bukan sesama rakan dalam perjuangan politik.
Dalam pada itu Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, penubuhan Kerajaan Perpaduan mempunyai kepentingan bersama dalam menyumbang kestabilan politik, memakmur dan merakyatkan ekonomi serta menyumbang kepada keamanan negara di samping asas perpaduan sesama Muslim melalui syahadah.
"Konvensyen hari ini diadakan selepas usia pemerintahan (kerajaan) menjengah enam bulan. Jadi apa yang kita nak bawa balik selepas ini adalah satu keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil dan dapat berfungsi dengan baik. Itu penting sekali.
"Kerajaan mendokong kuat asas yang disepakati dalam Perlembagaan (merangkumi) kedudukan Islam agama rasmi, agama lain boleh dianuti, mengiktiraf peranan institusi Raja-Raja dan bahasa namun matlamat akhirnya adalah pembelaan rakyat,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'
ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air
ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka
ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’
ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal
ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan
ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry
ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup
ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal