Isu MA63: Anwar beri jaminan selesaikan secepat mungkin

Iklan
Anwar - Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan kerajaan Sabah dan Sarawak bahawa isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) akan diselesaikan secepat mungkin.

Jelas Anwar, isu tersebut telah bermula semenjak puluhan tahun lagi dan beliau tidak mahu ia terus berlarutan.

Iklan
Iklan

"Dengan ini saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk selesaikan sedaya upaya apa sahaja perjanjian yang telah dimeterai di dalamnya dan lakasanakan.

"Ada yang pihak memperolok kerana kononnya kerajaan mahukan jaminan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Iklan

"Saya jawab, itu memang ada, akan tetapi yang lebih penting adalah kerana ia merupakan tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah untuk melaksanakan sumpah setia dan janji bapa kemerdekaan kita,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyentuh mengenai usaha penyelesaian berhubung isu bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak.

Iklan

Anwar berkata, sekiranya memerlukan peruntukan berbilion ringgit, kerajaan akan sedaya upaya menyelesaikannya pada tahun ini.

"Ini bukan sebab nak pilihan raya ke apa, akan tetapi ia merupakan perkara penting buat rakyat, 60 tahun lebih usia kemederkaan negara ini, mereka tidak boleh dihinakan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan air yang bersih.

"Inilah ertinya Kerajaan Perpaduan, janji diterjemahkan. Bila? Inilah masanya,” jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal