Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

Iklan
Anwar ketika menyampaikan amanat Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang terbentuk sejak enam bulan lalu akan kekal sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Justeru Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengingatkan barisan kepimpinan kerajaan supaya memastikan segala tatakelola dilaksana dengan sempurna selain menghentikan amalan rasuah dalam dasar kerajaan.

Iklan
Iklan

"Kita bangga dapat tubuh kerajaan dan tidak dijangka (kerana) ada kata (kekal) tiga bulan, sebelum puasa dan sebelum raya, tetapi dengan konvensyen hari ini telah memberi signal jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan ini bukan hanya stabil tetapi kekal hingga PRU akan datang.

"(Kerajaan) Kekal untuk pastikan tatakelola mesti baik, hentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa serta pastikan dasar yang boleh memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat,” katanya ketika menyampaikan amanat Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Iklan

Konvensyen yang julung kali diadakan itu melibatkan hampir 10,000 perwakilan dan penyokong daripada 19 parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan dan diadakan secara serentak dengan Konvensyen Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sementara itu, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan sokongan gabungan itu untuk menyokong pertubuhan Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Zahid antara yang paling kuat diserang termasuk saya, tetapi saya nak beritahu, kalau tidak kerana komitmen Zahid sebagai Presiden UMNO dan dokongan ahli-ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tentu berubah.

"Jadi kita juga harus iktiraf peranan beliau (Ahmad Zahid) dan UMNO juga," katanya.

Beliau turut memberitahu, peranan Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam menangani keadaan politik yang kritikal masa itu turut menjadi faktor penentu selain sokongan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Rakyat Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal