Hari Ibu: Jagalah ibu dengan penuh kasih sayang - PM

Iklan
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka pada Ahad. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR -"Bagi kita yang masih punyai ibu, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang,” demikian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena memperingati sambutan Hari Ibu, pada Ahad.

Anwar ketika menyampaikan amanat pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka mengambil kesempatan itu mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.

Iklan
Iklan

"Sumbangan, latihan, pendedahan, menjadi tempat mengadu dan kasih mereka itu sukar diganti. Yang ada isteri yang juga ibu kepada anak-anak, tunjuklah kasih sayang kepada mereka.

"Yang telah meninggalkan kita, pastikan kita sentiasa mendoakan mereka dan semoga ALLAH memberikan keampunan dan kasih sayang kepada mereka,” kata Perdana Menteri.

Iklan

Anwar juga sempat menyanyikan bait-bait lagu seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, berjudul 'Sungguh Malangnya Nasibku' yang mengisahkan kehidupan insan tanpa sosok bergelar ibu dan ayah.

Beliau turut mengaitkan situasi lagu itu dengan kisah pemergian ibunya ketika beliau menjalani hukuman di penjara.

Iklan

Anwar berkata:"Lagu P Ramlee berbunyi, ‘...tidak bertempat nak mengadu, alam keliling membisu, kalau ada ayah dan ibu, Tak kan begini nasib ku....’”.

"Kalaupun ada sekali saya menangis ialah ketika saya puluhan tahun dalam penjara, ibu saya meninggal dunia dan saya meringkuk di dalam penjara,” katanya.

Sambutan Hari Ibu di Malaysia disambut pada 14 Mei setiap tahun. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal