SHAH ALAM - UMNO bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dakwa Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, ia kerana sokongan rakyat diberikan khususnya ketika UMNO bersama Pas, bukan DAP.
Iklan
Iklan
"Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti itu.
"UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-ALLAH," katanya di Facebook pada Ahad.
Pada Ahad, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali hari ini di WTCKL dengan membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.