Arteta mohon maaf kecewakan penyokong Arsenal

Iklan
Arteta

MISI tiga mata Arsenal menentang Brighton and Hove Albion bertujuan memberikan tekanan kepada penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Namun sama seperti penghujung musim lalu, The Gunners meneruskan persembahan turun naik kali ini menyaksikan kelab London itu diaibkan The Seagulls, 3-0 di Stadium Emirates.

Iklan
Iklan

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang mengharapkan keputusan lebih positif selepas Manchester City membenam Everton dengan jaringan sama sebelum itu, akhirnya tenang menerima kekalahan tersebut.

Sebelum itu, suasana meriah ketika beribu-ribu penyokong Arsenal membanjiri Stadium Emirates, bertukar anti-klimaks apabila pemain ke-12 pasukan tuan rumah mula meninggalkan stadium ketika Brighton 2-0 di hadapan hasil jaringan separuh masa kedua Julio Enciso (minit ke-51) dan Deniz Undav (minit ke-86).

Iklan

Ketika Pervis Estupinan melebarkan kedudukan 3-0 pada minit ke-93, stadium yang mampu memuatkan kapasiti 60,704 penonton mula kosong, menyaksikan semua impian Arsenal, yang mendahului carta sebahagian besar musim ini namun gagal dalam tempoh enam minggu lalu.

"Seminggu lalu saya berdiri di sini dengan perasaan bangga, namun hari ini kami perlu memohon maaf atas persembahan pada separuh masa kedua yang tidak boleh diterima.

Iklan

"Secara matematik, (kejuaraan EPL) masih boleh, tetapi hari ini mustahil untuk memikirkannya.

"Sebaliknya jami perlu menghadam keputusan dan prestasi pada separuh masa kedua, memahami sebabnya,” kata Arteta.

Sebagai rekod, sejak Arsenal menewaskan Leeds United 4-1 pada 1 April, The Gunners berada lapan mata di hadapan City dan mengawal perebutan kejuaraan.

Bagaimanapun sejak itu, anak buah Arteta hanya meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan dan diketepikan di City bulan lalu.

Arsenal mencapai kemajuan besar musim ini, setelah menduduki tempat kelima musim lalu, namun Arteta yang kecewa boleh melihat beberapa perkara positif selepas pasukannya menyerah kalah kepada Brighton pada separuh masa kedua.

Kemenangan City ke atas Everton di Goodison Park menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola berpotensi meratakan mood Arsenal sebelum sepak mula dan persembahan The Gunners, terutama separuh masa kedua, yang boleh dikatakan paling teruk musim ini.

"Sejujurnya kemenangan City tidak boleh menjadi cara untuk membenarkan apa yang berlaku pada separuh masa kedua.

"Pada masa ini perasaan itu adalah kekecewaan apabila kami melepaskan permainan itu. Kami berjuang bersungguh-sungguh untuk berada di kedudukan ini dan hari ini adalah saat genting untuk terus berharap dan terus mengapai impian.

"Namun anda tidak boleh melakukan apa yang kami melakukannya pada separuh masa kedua," kata Arteta.

Dalam masa sama Arteta menegaskan dia mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan sepanjang musim panas kerana musim depan menyaksikan Arsenal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dengan tuntutan Liga Juara-Juara.

Namun buat masa ini dia perlu memilih kesebelasan terbaik untuk berdepan Nottingham Forest di Stadium City Ground awal pagi Ahad, apabila kekalahan akan mengesahkan City sebagai juara.

Biarpun walaupun Arsenal menang, City hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga perlawanan liga terakhir mereka untuk menjulang kejuaraan.

"Saya benci apabila mengecewakan orang apabila mereka benar-benar mengharapkan sesuatu.

"Itu penyesalan terbesar saya hari ini. Dan kami perlu memohon maaf untuk itu," kata Arteta.