Feyenoord juara Eredivisie Belanda

Iklan
Feyenoord juara Eredivisie Belanda selepas menang 3-0 ke atas Go Ahead Eagles di Stadium De Kuip.

FEYENOORD Rotterdam mengesahkan kejuaraan Eredivisie Belanda dengan baki dua perlawanan selepas dua gol awal membolehkan menang 3-0 ke atas Go Ahead Eagles di Stadium De Kuip.

Oussama Idrissi membuka tirai jaringan pada minit ke-15, diikuti sentuhan pemain Mexico, Santiago Gimenez tiga minit kemudian sebelum Igor Paixao memastikan kejuaraan milik pasukan tuan rumah dengan gol ketiga sembilan minit separuh masa kedua.

Iklan
Iklan

Kejayaan Feyenoord menyaksikan mencetuskan sambutan dalam kalangan penyokong-penyokong kelab berpangkalan di bandar pelabuhan itu, ketika mereka melakar kejuaraan buat kali pertama sejak 2017.

Kemenangan ke-24 musim ini menyaksikan Feyenoord mengumpul 79 mata daripada 32 perlawanan, di luar jangkauan pencabar terdekat PSV Eindhoven yang menewaskan Fortuna Sittard, 2-1.

Iklan

Namun PSV hanya boleh mencapai maksimum 77 mata jika memenangi ketiga-tiga baki perlawanan terakhir.

Feyenoord asuhan Arne Slot hanya tewas satu perlawanan musim ini iaitu kepada PSV pada September lalu, daripada 32 perlawanan liga yang dimainkan musim ini.

Iklan

Ia adalah gelaran ke-16 Feyenoord namun hanya yang kedua dalam dua dekad lalu, muncul daripada bayang-bayang musuh ketat Ajax Amsterdam dan PSV.