13 terbunuh dalam kemalangan di Mexico

Iklan
Gambar edaran dikeluarkan Tentera Mexico menunjukkan tapak kemalangan di lebuh raya Zaragoza-Hidalgo antara trak dan van dengan penumpang di mana sekurang-kurangnya 13 orang maut dan beberapa lagi cedera pada Ahad. - Foto AFP/ Tentera Mexico

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas sebuah treler dan sebuah trak bertembung lalu terbakar di lebuh raya timur laut Tamaulipas, Mexico pada Ahad.

Menurut Sekretariat Keselamatan Awam negeri, kemalangan berlaku pada sebelah pagi di kilometer 80 Lebuhraya 83, Hidalgo-Zaragoza.

Iklan
Iklan

Nahas itu memusnahkan kenderaan dan mencetuskan kebakaran besar hingga menyebabkan mangsa rentung di lokasi kejadian.

Sementara itu, pegawai Perlindungan Awam dan paramedik Palang Merah tiba untuk merawat mangsa yang cedera.

Iklan

Lebuh raya itu kekal dibuka kepada lalu lintas. - Bernama/ Xinhua

Iklan