JAS Rompin sita premis peleburan logam di HS Ibam

Iklan
JAS Daerah Rompin menyita sebuah premis peleburan logam di Hutan Simpan Ibam, Rompin kerana disyaki menyebabkan pencemaran udara pada Sabtu lalu. - Foto FB JPNP

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Daerah Rompin menyita sebuah premis peleburan logam di Hutan Simpan (HS) Ibam, Rompin kerana disyaki menyebabkan pencemaran udara pada Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi milik agensi terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran itu, sitaan premis itu dibuat di bawah Peraturan Udara Bersih, Peraturan 5, Peraturan Kualiti Alam Sekitar.

"Premis terbabit didapati gagal mengemukakan permohonan bertulis dua unit relau bagi peleburan logam daripada bahan kitar semula.

Iklan

"Malah, premis itu turut melepaskan asap pembakaran yang menjadi punca pencemaran udara," katanya.

Anggota penguat kuasa JAS Daerah Rompin menjalankan operasi bersama JPNP dan polis terhadap sebuah premis peleburan logam yang beroperasi di HS Ibam - Foto JPNP

Pegawai JAS Pahang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, JAS daerah Rompin telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis terbabit selepas menerima aduan berkaitan pencemaran udara pada Selasa lalu.

Operasi bersepadu bagi pemeriksaan ke atas premis peleburan logam dalam HS Ibam dilakukan secara bersama JPNP dan pihak polis.

Menurut hantaran itu, premis terbabit telah mendapat kelulusan yang sah bagi permit penggunaan infrastruktur lain bukan pembalakan.

"Hasil dari operasi tersebut JPNP telah menahan sementara operasi premis tersebut bagi tujuan siasatan. JPNP akan mengesyorkan pembatalan Permit Penggunaan ke atas premis ini.

"Operasi ini juga secara tidak langsung dapat menjawab persoalan dari akaun facebook atas nama Pemuda Pas Rompin bertarikh 12 Mei lalu yang bertajuk 'Kilang haram di Bukit Ibam?," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan sebarang aktiviti dalam hutan simpan yang mencurigakan atau mendatangkan kesan buruk diseru untuk membuat aduan segera ke jabatan ini bagi tindakan susulan.