Hanya beza ideologi, tidak pernah bermusuh - Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mendakwa bahawa parti yang dinaunginya tidak pernah bermusuh sebaliknya hanya berlaku perbezaan ideologi sahaja.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, alangkah baiknya jika mengendurkan perbezaan pendapat itu dikira sebagai berdamai.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, perkara itu (berdamai) bukan dipilih oleh pihak tertentu sahaja.

"Contohnya, jika 'berdamai' itu ialah dengan Pas, sudah tentu perlu didamaikan juga dengan PN secara keseluruhannya.

Iklan

"Apakah terma dan syaratnya? Boleh dibincangkan, yang penting untuk kebaikan rakyat,” soalnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook, pada Isnin.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, veteran DAP Lim Kit Siang membuat tawaran kepada Pas untuk bekerjasama dengan kerajaan campuran untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Iklan

Tawaran Kit Siang timbul setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat aktif mengusahakan jalan perdamaian dengan Pas menerusi perjumpaan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli berkata, perdamaian tidak semestinya memerlukan semua pihak untuk menjadi kerajaan.

Jelas beliau lagi, perkara yang paling penting adalah menunaikan hak kepada yang berhak.

"Sebaliknya, bukan menafikan hak kemudian mengajak untuk berdamai,” ujarnya.