ATLET taekwondo, Muhammad Syafiq Zuber menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), di sini, pada Isnin.
Pada saingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.