Kriket wanita ulangi pencapaian edisi 2017 KL

Iklan
Skuad kriket wanita negara berjaya mempertahankan pingat gangsa dalam acara T20 di Sukan SEA Kemboja 2023. - Foto Facebook Malaysian Cricket Association

SKUAD kriket wanita negara berjaya mempertahankan pingat gangsa dalam acara Twenty20 (T20) selepas menewaskan jiran, Singapura, dengan lapan wiket, pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di sini pada Isnin.

Dalam perlawanan pingat gangsa di AZ Group Cricket Oval, Malaysia, yang tewas memulakan perlawanan, berjaya melakukan 54 larian dalam 9.1 overs manakala Singapura mencatat 51 larian dalam 20 overs.

Iklan
Iklan

Ini adalah gangsa kedua berturut-turut Malaysia di sini selepas mereka mengatasi Kemboja dengan 10 wiket dalam 50-overs, Jumaat lalu.

Sementara itu, Thailand mempertahankan pingat emas apabila mengalahkan Indonesia dengan 40 larian pada perlawanan akhir.

Iklan

Skuad wanita negara akan berpeluang menghadiahkan gangsa 'hatrik' apabila berdepan tuan rumah, Kemboja, sekali lagi, kali ini dalam acara T10, esok.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad kriket wanita negara meraih gangsa sulung dalam Sukan SEA selepas menewaskan Singapura dengan lapan wiket. - Bernama

Iklan