Kriket wanita ulangi memori Kuala Lumpur 2017

Iklan
Skuad kriket wanita bersama pingat gangsa acara Twenty20 (T20) selepas menewaskan Singapura, dengan lapan wiket Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin. - Foto: Facebook Persatuan Kriket Malaysia

SKUAD kriket wanita negara mempertahankan pingat gangsa acara Twenty20 (T20) selepas menewaskan jiran tetanga, Singapura dengan lapan wiket Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin.

Dalam perlawanan pingat gangsa di AZ Group Cricket Oval, Malaysia yang tewas memulakan perlawanan berjaya melakukan 54 larian dalam 9.1 overs manakala Singapura mencatat 51 larian dalam 20 overs.

Iklan
Iklan

Ini adalah gangsa kedua berturut-turut Malaysia selepas mengatasi Kemboja dengan 10 wiket dalam 50-overs, Jumaat lalu.

Sementara itu, Thailand mempertahankan pingat emas apabila mengalahkan Indonesia dengan 40 larian pada perlawanan akhir.

Iklan

Skuad wanita negara akan berpeluang menghadiahkan gangsa 'hatrik' apabila berdepan tuan rumah, Kemboja, sekali lagi dalam acara T10, esok.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad kriket wanita negara meraih gangsa sulung dalam Sukan SEA selepas menewaskan Singapura dengan lapan wiket.- Bernama

Iklan