Reformasi jadikan SPRM lebih efektif

Iklan
Badlishah

SHAH ALAM - Reformasi terhadap badan penguatkuasa undang-undang seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjadi lebih efektif antara tindakan perlu dilakukan kerajaan dalam usaha memerangi ketirisan dan rasuah di negara ini.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, langkah itu penting bagi memastikan institusi berkenaan berfungsi secara telus dan adil.

Iklan
Iklan

"Ini bagi memastikan badan penguatkuasa undang-undang berkenaan bebas dari campur tangan kerajaan atau mana-mana pihak berkepentingan lain," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada 10 Mei lepas, Tan Sri Azam Baki yang dilantik semula sebagai Ketua SPRM untuk setahun lagi bertekad mahu menjadikan agensi itu sebagai sebuah badan penguat kuasa terunggul di dunia.

Iklan

Pada masa sama, Azam mahu meneruskan usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah selaras dengan visi suruhanjaya tersebut.

Mengulas mengenai kesan Malaysia mengalami kerugian besar akibat rasuah dan ketirisan, Badlishah berkata, perkara sedemikian sudah tentu memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara kerana hutang negara meningkat serta ekonomi merudum.

Iklan

"Rakyat juga tidak dapat dibela dan dijaga dengan baik. Bayangkan berapa banyak sekolah, hospital, universiti, perumahan dan lain-lain infrastruktur serta kemudahan boleh dibangunkan untuk kesejahteraan rakyat.

"Sekiranya wang itu digunakan dengan baik, jaringan keselamatan sosial boleh dibangunkan bagi manfaat rakyat.

"Malah ia dapat memberi lebih banyak bantuan kepada rakyat tidak berkemampuan selain pelaburan strategik untuk mengukuhkan ekonomi," jelasnya.