Polis kesan pengasuh dera bayi di taska

Iklan
Polis mengesan suspek wanita yang dipercayai bertindak mengasari seorang bayi seperti mana yang tular di media sosial pada Isnin.

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Polis mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden seorang wanita mengasari seorang bayi seperti yang tular di aplikasi WhatsApp, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil siasatan mendapati, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska), di Taman Mutiara Rini, di sini.

Iklan
Iklan

"Satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam berhubung insiden berkenaan yang diterima di aplikasi WhatsApp.

"Oleh itu, polis sedang mengesan suspek bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, video berdurasi satu minit lapan saat memaparkan tindakan wanita berkenaan tular di aplikasi WhatsApp.

Menerusi video itu, wanita dipercayai pengasuh itu dilihat berulang kali meniup hidung bayi berkenaan yang sedang tidur nyenyak sekali gus menyebabkan bayi tersebut bangun dan menangis.

Iklan

Pada masa, video berkenaan juga jelas memaparkan tindakan pengasuh terbabit menekap muka dan menghempas bayi tersebut ke tilam.

Sementara itu, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut untuk tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.