Pemandu rentung nahas tiga lori balak

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat pemandu yang rentung dalam kebakaran melibatkan tiga lori membawa muatan kayu balak di Kampung Temehel, Yong Peng, Batu Pahat pada Selasa.

BATU PAHAT - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu rentung selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga lori yang membawa muatan kayu balak di lampu isyarat Kampung Temehel, Jalan Labis-Yong Peng dekat sini pada Selasa.

Kemalangan berlaku pada jam 3 pagi itu mengakibatkan seorang pemandu, Mohd Khairol Nizam Rokazi, 39, rentung manakala seorang lagi pemandu, Mohd Shahril Musa, 27, cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku pada jam 3 pagi melibatkan tiga lori berkenaan dari arah Labis menghala Yong Peng.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa dua lori berhenti untuk menunggu lampu isyarat hijau, tiba-tiba datang lori ketiga yang dipandu si mati telah melanggar belakang lori kedua.

Iklan

"Ini menyebabkan lori kedua bergerak ke hadapan dan melanggar lori yang pertama. Akibat kemalangan tersebut, lori ketiga itu telah terbakar menyebabkan dan si mati tersepit dan rentung di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pemandu lori kedua mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala pemandu lori pertama tiada mengalami kecederaan.

Iklan

Tiga lori yang membawa muatan kayu balak terlibat kemalangan dan mengakibatkan seorang pemandu rentung.

Katanya, pihak bomba telah membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusuff, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan yang berlaku berhampiran Klinik Kesihatan Yong Peng pada jam 3.14 pagi.

"Lapan anggota dari BBP Yong Peng, enam anggota BBP Ayer Hitam dan dua BBP Penggaram bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan jentera (EMRS), lori tangki dan Fire Response Vehicle (FRV ) dihantar ke lokasi.

"Pihak bomba mengeluarkan mayat yang rentung dan seorang lagi pemandu lelaki tersepit dan cedera dengan menggunakan peralatan khas. Seorang lagi pemandu berusia 30 tahun terselamat dan operasi tamat pada jam 8.38 pagi," katanya.