PENYERANG prolifik Inter Milan, Romelu Lukaku disifatkan memasuki bulan terakhir musim ini dengan prestasi terbaik biarpun berdepan pelbagai kemelut prestasi.
Itu reaksi pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi menjelang perlawanan timbal balik perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang jiran tetangga, AC Milan.
Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari Chelsea, bergelut dengan kecederaan dan prestasi musim ini, namun menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhirnya.
Ditanya sama ada pemain Belgium itu telah kembali ke tahap yang ditunjukkannya semasa tempoh pertamanya di Inter - di mana dia menjaringkan 64 gol dalam dua musim dan memenangi gelaran Serie A - Inzaghi dengan tenang berkata:"Anda kenal dia, anda tahu apa yang dia boleh lakukan dalam situasi tertentu untuk kelab.
"Itulah yang kami jangkakan sepanjang tahun ini, malangnya sesuatu tidak diduga berlaku ke atas dia dan (Marcelo) Brozovic sebelum ini. Ya, kehilangan dua pemain yang sangat diperlukan selama beberapa bulan.
"Saya boleh memikirkan perlawanan penting yang dimainkan tanpa mereka, tetapi apa yang anda lihat ialah Lukaku yang tiba pada bulan lepas dengan cara terbaik."
Bagaimanapun, Inzaghi menambah bahawa masih terdapat beberapa keraguan mengenai kecergasan pemain berusia 30 tahun itu apabila menegaskan,"Tiga perlawanan seminggu pada masa ini, saya tidak tahu sama ada dia boleh menguruskannya."
Sebagai rekod, Inter mendahului 2-0 ke atas Milan menjelang perlawanan kedua di San Siro ketika jagoan Serie A Itali itu berhasrat untuk mara ke final buat kali pertama sejak dinobatkan sebagai juara kelab Eropah pada 2010.
Kelab Itali itu mempunyai pendahuluan yang sama menjelang perlawanan kedua suku akhir menentang Benfica, dan Inzaghi berkata, mesejnya kepada pemainnya adalah sama seperti sebelum perlawanan bulan lalu.
"Kami tahu ia adalah salah satu perlawanan paling penting dalam sejarah Inter. Malah kami tahu kami mempunyai kelebihan, memang sepatutnya, tetapi kami bukan sahaja perlu menguruskannya. Kami perlu bermain sebagai Inter, mengetahui bahawa kami berdepan pasukan yang kuat di hadapan kita.
"Kami tahu kami berada 90 minit dari merealisasikan mimpi indah untuk kelab sehebat Inter," tambah Inzaghi.