Dua pemilik syarikat direman tiga hari buat tuntutan palsu

Iklan
Dua pemilik syarikat direman tiga hari untuk membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai lebih RM400,000.

GEORGETOWN - Dua pemilik syarikat direman tiga hari bermula Selasa sehingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melebihi RM400,000.

Perintah reman tersebut dibuat ke atas kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 62 tahun oleh Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret di sini pada jam 10 pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek ditahan dalam Op Hire 2.0 yang dijalankan di seluruh negara sejak Isnin.

Mereka yang diwakili barisan peguam dari Partibhan&Co dan Anba&Associates kini direman di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Iklan

SPRM akan melaksana perintah reman 47 pengarah syarikat yang ditangkap dalam Op Hire 2.0 berkaitan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (PENJANA), di seluruh negara pada Isnin.

Kesemua ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun juga pengarah syarikat yang mengemukakan tuntutan, kononnya mengendalikan program pengambilan dan latihan pekerja kepada pihak Perkeso.

Iklan

Difahamkan, jumlah tuntutan yang terbabit setakat ini adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.