BINTANG Portugal Cristiano Ronaldo dijangka melawat Singapura pada Jun depan.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu sebelum ini telah mengunjungi negara tersebut beberapa kali termasuk lawatan menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.
Pada tahun 2019, bekas tonggak Juventus, Real Madrid, Manchester United telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah Yumin.
Ketika berkongsi kegembiraan foto acara itu di media sosialnya, Ronaldo berkata:"Bergembira beberapa tahun lalu untuk melawat Singapura.
"Luangkan masa bersama anak-anak hebat ini dan lihat kerja hebat Biasiswa Peter Lim.
"Tidak sabar untuk berjumpa anda semua lagi bulan depan."
Sebagai rekod, biasiswa itu diwujudkan Yayasan Olimpik Singapura pada 2010, dengan sumbangan S$10 juta (AS$7.48 juta) daripada Peter Lim, yang memiliki kelab LaLiga Sepanyol Valencia yang merupakan rakan Ronaldo.
Ia merupakan inisiatif dalam menyediakan bantuan kewangan kepada bakal atlet muda.
Ronaldo kini bermain untuk kelab Liga Profesional Saudi (SPL) Al Nasr selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan pada November 2022.