Suara anak muda penting beri tekanan kepada ahli politik

Iklan
Mas Ermieyati (depan, empat dari kiri) pada sidang media Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) di Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor.

SHAH ALAM - Suara anak muda penting dalam peranan memupuk kesedaran masyarakat berkenaan bagaimana gejala rasuah boleh menjatuhkan negara ini jika tidak dibendung.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, peranan itu cukup besar dan penting bagi memberi tekanan kepada semua pihak terutamanya ahli-ahli politik agar tidak lari dari landasan memerangi rasuah.

Iklan
Iklan

"Kita sebagai pelajar dan anak muda harus bijak untuk pilih sikap apa yang kita baca, lihat dan dengar.

"Saya yakin dan percaya anak muda Malaysia hari ini tidak semberono atau tidak bodoh untuk memilih apa yang ingin dengar dan dapatkan pemahaman dari luar.

Iklan

"Namun dengan adanya usaha berterusan bukan dari segi politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan sebagainya, tetapi juga dengan usaha-usaha yang dilakukan pelbagai pihak untuk kita sama-sama menerangkan bagaimana negara ini boleh hancur dengan gejala rasuah yang tidak dibendung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sidang media Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) bertempat di Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Iklan

Mas Ermieyati menjawab soalan salah seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Adam Nikal Irfan Azillah, 21, mengenai peranan generasi muda menyokong kumpulan rentas parti itu dalam membanteras rasuah di negara ini.

Penubuhan KRPPM IGAR telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada pada 3 April lalu, bertujuan untuk menggubal, menambah baik dan memperkasa polisi serta dasar berkaitan anti rasuah dan tadbir urus negara untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui gabungan kolektif ahli-ahli parlimen, senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Ujar Mas Ermieyati, generasi muda sememangnya tidak lari daripada mudah terpengaruh sama ada dengan benda baik atau buruk.

"Tetapi saya yakin dengan pendedahan baik yang diusahakan oleh pihak Sinar Harian dan Rasuah Busters untuk memberi pemahaman yang jelas kepada usaha yang dilakukan oleh KRPPM-IGAR.

"Sebab itu peluang yang diberikan oleh pihak KRPPM-IGAR untuk pelajar UPNM bersama dan juga mengambil partisipasi sebagaimana yang ada pada hari ini.

"Dan sebenarnya ia bukan berakhir di sini sahaja tetapi banyak lagi program-program yang akan kita anjurkan," jelasnya.