Polis Itali rampas tiga tan kokain

Iklan
Polis Kewangan Itali dan pegawai kastam merampas lebih 2.7 tan kokain tulen di pelabuhan Gioia Tauro di wilayah Calabria, Itali.

ROME - Polis Kewangan Itali dan pegawai kastam merampas lebih 2.7 tan kokain tulen di pelabuhan Gioia Tauro di wilayah Calabria, Itali.

Dadah itu disembunyikan dalam dua bekas peti sejuk bersama dengan 78 tan pisang, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) pada Selasa memetik pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Kontena itu berada di atas kapal yang belayar dari Ecuador ke Armenia melalui pelabuhan Batumi di Georgia.

Calabria ialah kawasan asal 'mafia Ndrangheta' yang merupakan sindiket jenayah terancang paling berkuasa di Itali. - Bernama-ANSA

Iklan
Iklan