Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati

Iklan
Mohd Naím

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Orang ramai dinasihatkan bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberikan pandangan mengenai isu kalimah ALLAH kerana kerana ia terkait dengan teknikal perundangan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, semua pihak juga perlu mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.

Iklan
Iklan

"Jabatan ini mengambil maklum pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titahYang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Februari lalu yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk isu kalimah ALLAH.

Iklan

Malah, Mohd Na'im memberi jaminan pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan KDN dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah suci dalam Islam.

"Jabatan ini yakin KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Iklan

Bekas Menteri Agama sebelum ini, Datuk Dr Zulkifli Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Selangor dan Sultan Johor telah menitahkan supaya merayu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland Lawrence Bill menggunakan kalimah ALLAH dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.

Peringatan itu dibuat Zulkifli pada Isnin selepas media melaporkan kerajaan dan KDN menarik balik rayuan pada 18 April lalu.