KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan kelas zumba percuma untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang terutama kepada golongan ibu sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan mereka.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kelas zumba itu akan diadakan setiap hujung minggu bagi membolehkan mereka beriadah dan berehat selepas seminggu bekerja serta menjaga keluarga.
Menurut Hannah, golongan ibu yang tinggal di PPR akan dapat menyertai kelas berkenaan kerana ia akan dijalankan dalam kawasan tempat tinggal.
"Kita sediakan kelas zumba percuma untuk sesiapa sahaja tapi tumpuan diberikan kepada golongan ibu kerana mereka menjaga anak-anak dan tidak boleh pergi jauh untuk bersenam dan kawasan tempat tinggal tiada padang,” katanya.
Kelas berkenaan akan dilancarkan dalam masa empat minggu bersama dengan pemerkasaan program Rakan Muda. - Bernama