Liverpool datang pramusim di Singapura

Iklan
Mohamed Salah antara peledak utama Liverpool.

KELAB berpengaruh Liga Perdana Inggeris, Liverpool akan kembali ke Singapura untuk tahun kedua berturut-turut menentang Leicester City dan Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan pramusim.

The Reds berada di Singapura tahun lalu, menewaskan Crystal Palace 2-0 dalam edisi 2022 Standard Chartered Singapore Trophy.

Iklan
Iklan

Menurut promoter TEG Sport, Liverpool akan menentang Leicester City jam 5 petang pada 30 Julai diikuti Bayern Munich 7.30 malam pada 2 Ogos.

Ini merupakan lawatan pertama Bayern Munich ke Singapura sejak 2017.

Iklan

Liverpool yang bersaing sengit dalam pemburuan empat teratas EPL, manakala Leicester bergelut mengelak penyingkiran ke Liga Kejuaraan musim depan.

Sebagai rekod, The Reds kendalian Jurgen Klopp menewaskan Leicester 3-0 manakala Bayern menewaskan Schalke 04 6-0.

Iklan

Bayern asuhan Thomas Tuchel mendahului tipis satu mata ketika gergasi Bundesliga Jerman itu berhasrat untuk mengekalkan mahkota Bundesliga sekali lagi di bumi Munich.

Sebelum ini Tottenham Hotspur dijadualkan menentang AS Roma dalam perlawanan persahabatan di Singapura pada 26 Julai.

Semua perlawanan persahabatan berlangsung di Stadium Nasional.

Liverpool, Bayern dan Tottenham akan mengadakan sesi latihan terbuka sepanjang berada di Singapura.

Spurs akan mengadakan sesi latihan mereka pada jam 6 petang pada 25 Julai, manakala sesi The Reds akan diadakan pada jam 8.30 malam pada 29 Julai di Stadium Nasional.

Sesi latihan Bayern akan diadakan pada 1 Ogos, dengan tempat dan masa masih belum disahkan.

Tiket untuk semua acara akan mula dijual mulai 10 pagi pada 22 Mei melalui Ticketek Singapore.

Acara bola sepak itu sebahagian daripada Festival Bola Sepak Singapura yang julung kali diadakan oleh CDG Zig yang akan berlangsung dari 26 Jul hingga 2 Ogos yang disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ketua Pegawai Eksekutif TEG, Geoff Jones berkata:"Festival Bola Sepak Singapura didorong oleh CDG Zig menandakan masa yang menarik untuk peminat bola sepak di Singapura dan rantau ini.

"Kami menyaksikan sokongan dan suasana yang menggembirakan pada perlawanan tahun lalu, dan kami gembira dapat mengembalikan bola sepak berkualiti tinggi dengan lima pasukan daripada tiga liga terbaik dunia bermain di Stadium Nasional."

Ketua Eksekutif STB Keith Tan menambah:"Kami teruja untuk membina kejayaan perlawanan tahun lepas untuk menawarkan minggu bola sepak yang penuh bintang yang akan menarik peminat bersemangat dari seluruh rantau ini."