Emas pengubat kepayahan Lego Sam

Iklan
Jee Lek mengungguli acara breakdance untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan SEA di Phnom Penh pada Selasa. - Foto Facebook Majlis Sukan Negara

SKUAD sukan tari tidak pulang tangan kosong apabila meraih pingat emas dalam acara final breakdance Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh pada Selasa.

Penari breakdance negara, Sam Jee Lek atau digelar 'Lego Sam' berada dalam kelas tersendiri untuk mengalahkan Kantapon Rodsaarat dari Thailand 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik.

Iklan
Iklan

Seorang lagi peserta Thailand, Chinavut Chantarat merangkul gangsa setelah berjaya mengatasi wakil dari Filipina, Yer Lord Ilyvm Losinio Gabriel 2-1.

"Kemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara,” ujar Jee Lek.

Iklan

Kejayaan itu bukan diraih dengan mudah, Jee Lek mengharungi cabaran sukar apabila terpaksa berlatih bersendirian tanpa pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan.

Bagaimanapun kepayahan itu berbaloi buat Jee Lek apabila tiada masalah untuk mengekalkan emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Filipina 2019.

Iklan

"Saya berusaha keras sejak awal tahun lagi dengan melakukan latihan demi mengharumkan nama Malaysia.

"Apa yang boleh saya katakan, semua persediaan adalah sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada menyalurkan bantuan kewangan,” katanya.