WHO: Pemanis tiruan tidak bantu kawal berat badan

Iklan
Pengganti gula ini biasanya menjadi pilihan individu yang sedang cuba mengawal berat badan. - Foto Agensi

GENEVA - Pemanis bukan gula seperti saccharin dan stevia tidak boleh digunakan untuk mengawal berat badan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Di bawah garisan panduan baharu, saranan itu termasuk kesemua pemanis sintetik dan semula jadi atau yang diubah suai serta tidak diklasifikasikan sebagai gula.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, alternatif rendah atau tanpa kalori sebagai pengganti gula itu biasanya dipasarkan bagi tujuan membantu penurunan berat badan atau mengekalkan tubuh yang sihat.

"Ia sebenarnya tidak membantu dalam mengawal berat badan untuk tempoh jangka panjang,” kata Pengarah untuk Nutrisi dan Keselamatan Makanan WHO, Francesco Branca sambil menambah, pemanis tiruan tersebut tidak mempunyai nilai pemakanan.

Iklan

Laporan semakan agensi itu juga mendapati penggunaan pemanis tiruan berpotensi menyebabkan kesan tidak diingini untuk tempoh jangka panjang termasuk risiko diabetes tahap dua, penyakit kardiovaskular dan kematian kepada orang dewasa.

WHO turut memberi amaran berhubung pendapat segelintir pihak yang menganggap pemanis tiruan dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi dan penyakit jantung. - AFP

Iklan