KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini menolak andaian kononnya ramai ahli UMNO akan keluar daripada parti itu kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Ahad lepas.
Sebaliknya beliau berkata, kemasukan pemimpin DAP ke dewan itu perlu dilihat secara positif khususnya dalam konteks pembentukan Kerajaan Perpaduan yang kini mengemudi negara.