KOTA BHARU - Selepas sekumpulan ahli Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan menyatakan hasrat mengambil tindakan saman sebagai membantah pindaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), hari ini sekumpulan lagi ahlinya pula tampil menyatakan sokongan terhadap pindaan itu.
Wakil mereka yang menyokong pindaan itu, Wan Mohd Rozman Wan Mamat berkata, pindaan tersebut dilihat sebagai usaha murni MOA untuk dapat membela nasib ahli PPN sekaligus mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam pertubuhan itu.