KUALA LUMPUR - Orang ramai yang berada di Mid Valley Megamall digemparkan dengan kejadian kebakaran di pusat membeli-belah tersebut, pada Rabu.
Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di laman Twitter memaklumkan, kerja pemadaman api sedang dijalankan.
"Dua lorong kiri di jalan utama ditutup atas dasar keselamatan bagi jentera bomba berhenti.
"Kawalan trafik juga dijalankan oleh Polis Bantuan di lokasi," katanya.
Iklan
Bagaimanapun, jumlah kawasan yang terjejas dan punca kejadian masih belum diketahui.
Difahamkan, kerja-kerja pemadaman kebakaran masih dijalankan.
Iklan
Satu kenyataan akan dikeluarkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengenai kes ini.