Anak buaya sesat dalam longkang

Iklan
Anak buaya yang berjaya ditangkap selepas dipercayai tersesat dalam longkang di Felda Kerteh 1, Dungun.

DUNGUN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap seekor anak buaya yang dipercayai tersesat di dalam longkang di Felda Kerteh 1, di sini pada Selasa.

Pegawai APM Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, pihaknya menerima maklumat kehadiran reptilia itu dari penduduk kampung yang menghubungi APM kira-kira jam 4.23 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai empat anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap anak buaya berkenaan.

"Kita mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap anak buaya ini menggunakan peralatan khas dan jerut.

Iklan

"Kita tidak pasti bagaimana haiwan ini boleh berada di dalam longkang, mungkin ia datang dari kawasan paya atau sungai berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Ahmad Kamal berkata, anak buaya tersebut dianggarkan sepanjang 1.2 meter dan berat 20 kilogram.

Iklan

"Kita telah menyerahkan reptilia ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pagi tadi (Rabu) untuk tindakan lanjut," katanya.