[VIDEO] Pembantu kedai didenda RM5,000 miliki bahan lucah dalam telefon

Iklan
Muhammad Fitri tiba di Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu yang menghadapi pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit, tahun lalu.

TAIPING - Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki gambar dan video lucah dalam telefon bimbit, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Fitri Ishak, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur 'Atiqah Sapari.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 67 gambar dan 55 video yang lucah dalam telefon bimbit jenama Realme model RMX2111.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hospital sekitar jam 12.15 tengah hari pada 16 Februari 2022.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Iklan

Terdahulu, tertuduh yang masih bujang merayu dikenakan hukuman ringan kerana sudah menyesali perbuatannya itu selain perlu menyara ahli keluarga dengan pendapatan RM1,200.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat dan memohon barang kes dilupuskan mengikut Seksyen 260 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhammad Fitri kemudiannya membayar denda yang dikemukakan mahkamah.