TAWAU - Individu bergelar Datuk antara enam yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan melibatkan penjualan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu bermula Rabu hingga Jumaat ini selepas pegawai pendakwa SPRM Asmawi Kulup Lam membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Tawau di sini.