COWAY memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui selaras dengan ulang tahunnya ke-17 sekali gus menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Coway dalam satu kenyataan berkata, Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia.
"Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaharu.
"Coway percaya untuk mengekalkan relevan jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi ‘Innovator and caregiver’ yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik pada setiap saat setiap hari,” jelas kenyataan itu.
Pada Rabu, pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway dan penulen udara NOBLE telah dipamerkan semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI.
Pada majlis sama, duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud"Change" dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, tahun 2023 merupakan tahun yang hebat jenama itu di Coway Malaysia.
"Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami.
"Kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” kata Choi.
Beliau berkata, komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.
Coway akan menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan acara tahunannya Coway Run yang akan berlangsung pada September 2023.