Beberapa daerah Sabah alami gangguan elektrik

Iklan
Blok kedai sekitar Putatan gelap berikutan gangguan bekalan elektrik yang berlaku sejak jam 6 petang.

KOTA KINABALU - Beberapa daerah di negeri ini terputus bekalan elektrik selepas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan mengalami gangguan bekalan pada talian voltan tinggi.

Antara daerah yang mengalami gangguan bekalan elektrik ketika ini ialah sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang sejak kira-kira jam 6 petang Rabu.