OPR tidak pengaruhi kadar inflasi secara langsung

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - The Future Studies Berhad (The Future) menegaskan bahawa perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak mempengaruhi kadar inflasi secara langsung.

Pengerusi, Lembaga Pengelola The Future, Profesor Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod berkata, indikator lain yang lebih penting menjadi keutamaan adalah seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran kerana berhubungan secara langsung dengan kadar inflasi.

Iklan
Iklan

"Melalui analisis"Does Overnight Policy Rate Drive Inflation?" yang dilaporkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam siri penerbitan EU-ERA Policy Brief, menekankan kepentingan untuk menguruskan faktor jangkaan inflasi yang kurang mendapat perhatian dalam penentuan kadar inflasi di Malaysia.

"Jangkaan inflasi adalah faktor penting untuk pelaksanaan dasar kewangan yang efektif.

Iklan

"Jika bank pusat berupaya menambat jangkaan inflasi jangka panjang pelaku ekonomi menghampiri sasaran tersebut, lebih berkemungkinan berjaya dalam menetapkan inflasi yang rendah dan stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Mohamad Salmi, pihaknya berpandangan pengurusan faktor jangkaan inflasi adalah penting dalam menstabilkannya.

Iklan

Ujarnya, The Future menekankan keperluan pihak kerajaan mengutamakan indikator selain OPR dalam mengawal dan menstabilkan inflasi.

"Orang ramai menggunakan inflasi untuk membuat keputusan tentang perbelanjaan, peminjaman dan pelaburan.

"Sektor perniagaan kerap kali menggunakan jangkaan ini apabila menetapkan harga untuk barangan dan perkhidmatan di pasaran.

"Oleh itu, wujud keperluan untuk mengukur secara berkala jangkaan inflasi oleh pelaku ekonomi utama seperti isi rumah, sektor perniagaan dan ahli profesional," katanya.