SHAH ALAM - Mid Valley Megamall akan beroperasi semula pada Khamis ini, kata pengurusan premis itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, pengurusan premis itu memaklumkan, semua pejabat, hotel dan kedai yang terletak di dalam bangunan berkenaan akan beroperasi seperti biasa.
Iklan
Iklan
"Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran pelanggan sepanjang tempoh yang mencabar ini.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa tempatan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, TNB dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan dan kerjasama yang pantas," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini media melaporkan, premis berkenaan ditutup kepada orang ramai susulan pencawang luar pusat beli-belah itu terbakar pada pukul 10 pagi.
Pengguna Lebuh Raya Persekutuan yang terletak berhampiran pusat beli-belah itu dilapor boleh melihat kejadian berkenaan.