Pegawai, anggota tentera maut kereta langgar belakang lori

Iklan
Kereta dinaiki dua tentera yang melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang pada petang Rabu.

SUNGAI BESAR - Seorang pegawai dan anggota tentera maut dalam kemalangan selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang pada petang Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 28 dan 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kaunter aduan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) memaklumkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori pada jam 3.20 petang.

"Siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun baru menjalani kerja pembersihan jalan dan dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas selesai kerja pembersihan jalan.

Iklan

Agus Salim memberitahu, akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang juga Lans Koperal dan penumpang berpangkat Leftenan Kolonel mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pemandu lori tidak cedera.

Ujarnya, dua mangsa maut yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur itu dipercayai dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Port Dickson.

Iklan

Tambah beliau, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.