PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan akan meningkatkan peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa khususnya dengan negara jiran di ASEAN, serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa secara amnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Luar (Wisma Putra), beliau berkata dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Beliau memuji pegawai-pegawai kementerian itu kerana berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk negara, dan mempromosikan dasar dan konsep Malaysia MADANI di peringkat antarabangsa.
Anwar berkata, berdasarkan pengalamannya yang terhad sejak mula berkhidmat untuk negara enam bulan lalu dan lawatan ke beberapa negara, apa sahaja kejayaan yang dicapai adalah hasil komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh pegawai kementerian.
"Anda membuat saya bangga dengan cara anda bekerja, anda menyelesaikannya, anda menyediakan nota kadangkala terlalu banyak untuk saya cerna, tetapi kerja yang melelahkan itu menghasilkan laporan komprehensif dan tahap kecekapan luar biasa.
"Saya telah melawat seperti yang anda tahu China, Kemboja, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina, dan Turkiye semasa gempa bumi dan saya mesti mengatakan bahawa saya bangga dapat bertemu dengan pegawai Kementerian Luar, kedutaan. Mereka telah memikul tugas ini dengan sangat serius untuk berkhidmat kepada negara kita,” katanya.
Sejak dilantik pada November tahun lalu, Anwar telah melakukan 10 lawatan antarabangsa ke sembilan negara bermula dengan Indonesia (8-9 Jan), Brunei (24-25 Jan), Singapura (30 Jan), Thailand (9-10 Feb), Turkiye ( 14-15 Feb), Filipina (1-2 Mac), Arab Saudi (22-24 Mac), Kemboja (27 Mac), China (29 Mac hingga 1 April) dan terbaharu Indonesia (10 Mei) bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ketua-ketua perwakilan diplomatik ke Malaysia. - Bernama