City singkir Real, jumpa Inter di final Liga Juara-Juara

Iklan
Pemain-pemain City meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Real di Etihad.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kelab itu cukup sempurna apabila diperkuatkan elemen ketenangan dan ketegangan ketika menyingkirkan Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.

Juara Liga Perdana Inggeris itu dalam misi pemburuan trofi paling berprestij kelab Eropah buat kali pertama menyingkirkan juara bertahan tersebut 4-0 dengan aksi luar biasa untuk memastikan kemenangan agregat 5-1 sekali gus mengesahkan slot final menentang kelab Serie A, Inter Milan.

Iklan
Iklan

"Saya mempunyai perasaan pada hari-hari terakhir ini bahawa kami mempunyai gabungan ketenangan dan ketegangan untuk bermain dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.

"Dan selepas 10 atau 15 minit, saya mempunyai perasaan bahawa semua kesakitan yang kami harungi musim lalu berdepan Real Madrid ibarat kami terpaksa menelan racun dijelmakan dengan keputusan perlawanan ini," kata Guardiola.

Iklan

Sebagai rekod, Real Madrid menumbangkan Manchester City 12 bulan lalu dengan agregat 6-5 selepas kebangkitan lewat yang luar biasa gergasi La Liga itu.

"Dalam sukan, jelas sekali anda mempunyai peluang lagi dan apabila undian adalah Madrid, saya berkata ya, saya mahukannya," kata Guardiola.

Iklan

Di Stadium Etihad, Real Madrid tiba dengan sejarah sebagai pemegang gelaran dan rekod juara Eropah 14 kali.

Namun Manchester City, disokong 23 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, tidak tewas dalam 26 perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Etihad.

Dalam perlawanan itu, Bernardo Silva meledak dua gol minit ke-23 dan 37, disusuli Manuel Akanji (m-76) sebelum sentuhan minit ke-91 oleh Julián Álvarez melengkapkan kemenangan bergaya Manchester City.

"Sejujurnya malam ini jauh, lebih baik. Saya tidak tahu kenapa, anda terhidu bahawa pasukan itu sudah bersedia untuk bersaing pada tahap yang mereka saingi hari ini,” kata Guardiola.

Kejayaan Manchester City itu menyaksikan The Citizens berpeluang merangkul kejuaraan treble ketika mereka menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA pada 3 Jun dan memenangi Liga Perdana Inggeris.

"Kami lebih dekat...Musim ini benar-benar bagus, apa yang telah kami lakukan sebenarnya. Keseronokan, kegembiraan, betapa kami berseronok musim ini berulang kali. Kami menggembirakan penyokong-penyokong Manchester City, di seluruh dunia menonton kami, mereka melihat pasukan yang bagus bermain. Ini adalah pujian terbesar," kata Guardiola

Guardiola berkata, pemain, kakitangan dan keluarga akan berkumpul untuk sarapan pagi pasukan sebelum menikmati hari cuti pada Jumaat diikuti persiapan terakhir untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul pada 10 Jun akan menjamin satu trofi yang diidamkan Sheikh Mansour dari Abu Dhabi sejak membeli City pada 2008, selepas tewas kepada Chelsea dua tahun lalu dalam satu-satunya penampilan mereka di final sebelum ini.