Sahabat Huffaz Pahang bantah konsert Coldplay

Iklan
Dr Felza Zulhibri (depan, lima dari kiri) bersama jawatankuasa dan sebahagian ahli Sahabat Huffaz Pahang tampil membantah konsert Coldplay di negara ini.

KUANTAN - Sahabat Huffaz Pahang membantah dan mengecam sekeras-kerasnya kedatangan artis barat Coldplay untuk mengadakan konsert di negara ini.

Pengerusinya, Dr Felza Zulhibri Abd Hamid berkata, bantahan itu dibuat memandangkan hiburan yang dibawa jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Iklan
Iklan

"Kami mengharapkan konsep kerajaan Madani yang sedang dipromosikan ketika ini tidak sewenang-wenangnya menghina kesucian Islam dengan mengalu-alukan kedatangan mereka.

"Ada pihak malah mengucapkan selamat datang kepada mereka seolah redha kepada maksiat dan perkara-perkara yang jelas melanggari syariat Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Felza Zulhibri berkata, Sahabat Huffaz Pahang juga berharap kerajaan berhenti memperbodohkan rakyat dengan tindakan mencampuradukkan perkara yang hak dan batil.

"Satu ketika kamu menjemput maksiat dan pada masa lain pula menjemput alim ulama seolah cuba mengaburi kemaksiatan yang dibuat.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT ampuni dosa-dosa yang kami lakukan dan sentiasa memelihara kita khususnya para alim ulama daripada diperalatkan oleh musuh-musuh Islam," ujarnya.